Sunday, October 27, 2013

Lakonan itu telah berjaya DIKESAN

Pada zaman sekarang ni, mempunyai seorang pasangan sebelum kahwin sudah menjadi kebiasaan. Juga,orang yang tidak mempunyai pasangan akan dianggap sebagai KUNO.walhal stigma tersebut berlawanan dengan hakikat yang sebenarnya.

 Yeah ? aku salah ke ? okay .tolong betul kan.
Setiap manusia Allah dah tetapkan jodoh nya. Tak kira la korang bercouple 10 tahun pun,jika Allah dah tetapkan beliau bukan jodoh yang tertulis. Adakah boleh bersama ? fikirkan.

“Perangai dan tingkah laku yang kamu lihat pada pasangan kamu sebelum kahwin hanyalah merupakan sebuah lakonan semata-mata. Dan semuanya akan terserlah setelah berkahwnin nanti”.
(Ustazah Fatimah Syarha Nordin)


Sebuah keluarga yang bahagia bukanlah dibentuk usai lafaz sakinah dilafazkan. But,ia bermula dari sekarang. Sekarang lah kita nak baiki cara ibadah,akhlak dan seterusnya ia akan memberi impak pada keadaan perkahwinan kita pada masa hadapan. 4 ciri yang perlu dilihat semasa memilih pasangan hidup.

ü Agama
ü Harta
ü Rupa paras
ü Keturunan

Antara 4 kriteria tersebut, orang yang memilih agama. Adalah yang terbaik . kerana dengan agama lah hidup akan bahagia.

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Fenomena yang berlaku disebabkan kesalahan sendiri . 

Derhaka pada ibu ? anak derhaka pada kita. Buat perangai tak senonoh ? anak buat perangai lagi tak senonoh. Setiap yang korang lakukan sekarang akan dilakukan pula oleh zuriat korang. Nak keluarga bahagia ? anak soleh solehah ? 

MULAKAN SEKARANG. ;)

Sebuah Kenderaan, Lautan Manusia .

Bertahun sudah aku berkelana dibumi Kay Ell ni, daripada pemerhatian dan juga pengalaman aku sendiri,masih ramai yang tidak tahu etika ketika naik pengangkutan awam. Aku tak tahu sama ada mereka memang tak tahu atau buat tak tahu. Kalau yang buat tak tahu ,memang masalah besar. Yang tak tahu, sila la baca kat bawah ni.


Etika menggunakan pengangkutan awam :

- Sila beri orang yang nak keluar dari dalam,baru la korang masuk.
  (orang sibuk nak keluar,korang sibuk nak masuk. Jadi apa? Mesti la bertembung. Keadaan yang sesak menjadi semakin sesak. Tak faham aku dengan orang yang tak menyabar ni.) -_-

- Berikan peluang duduk pada yang memerlukan.
(hah!, apa korang rasa kalau mak korang terbongkok berdiri tapi tak ada orang yang tawarkan tempat duduk untuk mak??. Cuba selalu bayangkan perkara yang kita tak suka orang lain buat pada orang yang kita sayang. Apa rasa? Tak rasa apa-apa ? 
okay, dah sah memang adik beradik THE JOKER. )
Allah akan sentiasa bantu orang yang membantu orang lain”, tak percaya? Cuba la buat. Baru rasa nikmatnya. senyum :)

-Kawal intonasi suara.
( BLA BLA BLA,,,, COT CET, POT PET,,
amboi ~ bersembang ni memang takkan pernah habis. Ada je topik hangat dibincangkan. Aku pun macam tu jugak, TAPI ! .. harus ada batasan dalam setiap perkara yang dilakukan. Tak kisah la KTM,LRT,BUS,etc , tu nenek moyang korang punya sekalipun. Tolong hormat orang lain. Boleh teruskan perbualan tapi dalam nada yang rendah. Tak susah pun kan ?? )


-Sampah
(Masalah sampah ini memang bukan spesifik di kenderaan awam je. Tapi sekarang ni aku fokus kat topic ni jela.
*bukak sweet - masuk sweet dalam mulut – selit sampah di tempat duduk.
Pernah buat ?..TOLONG UBAH !!. Tak salah pun kalau nak selit plastic dalam beg,poket korang dan buang bila dah sampai ke destinasi. Tapi benda yang senang ni la orang susah nak buat.
*apa rasa kalau orang buang sampah dengan senang hati dihalaman rumah ?

-Vandalisme
( 019-999999980,<<awek Kl,,sape nak knl gua? Romeo~
perlu ke contengan tu semua ? kalau dah memang ada bakat terpendam ,pergi la salurkan ke tempat yang betul. Conteng no fone tu aku rasa sakit mata dah, tapi bila dicampur lagi dengan contengan lucah@kesat,, fuhh ~ memang terbaik la perangai macam tu. Mata aku pun tak boleh nak terima. *Apa rasa kalau orang conteng dinding rumah korang ?

-Berkelakuan sumbang
(Dengan selamba nya korang ber…….. dihadapan orang ramai. Okay, kita cuba husnuzon(bersangka baik) dengan mengatakan korang adalah pasangan yang sudah berkahwin. Tapi tu tetap tak boleh jadi sebab untuk korang beramah terlebih mesra dikhalayak ramai. Sebab ?
Bukan ke Allah suruh kita jangan tunjuk kemesraan terlebih dos di khalayak ramai. 

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahu ‘anhu dia berkata: Rasulullahshollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda: Antara ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah:  Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka . (Riwayat Bukhari)

 Bagi korang yang tak berkahwin lagi, jangan la cuba buat. Kalau rasa nak buat,buang perasaan tu,. Yang dah sedia haram memang tak akan pernah jadi halal selagi belum nikah. 

*Apa rasa kalau adik beradik korang berkelakuan sumbang dihadapan mata sendiri ?


*apa rasa? Mesti ada kaat-kata tu diakhir ayat. Sebab nya nak korang fikir la. Apa perasaan nya jika kita berada di tempat tersebut. Hanya orang yang berfikir sahaja dapat peroleh ibrah dari setiap kejadian. J

sekian..

Wednesday, October 9, 2013

notes

Assalamualaikum J

Aku tak nak cerita pasal myself pun, just nak share apa yang aku dah catat dalam note masa bosan. Tangan ni memang suka mencoret.  Sekarang ni nak rasa pulak, macam mana rasa nya bila share kat blogsiput nie. :D

Start now..

Jangan Nampak buruk orang je,
banyak lagi kebaikkan orang yang kita pandang sebelah mata. Kejahatan yang dia buat satu je, tapi gaya kita dah macam ayam bertelur sebiji,kecoh 1 kampung. tapi bila dia buat kebaikkan, disorokkan dalam sedalamnya. tu la hakikat manusia zaman sekarang.

Mengapa masih ada keluh kesah bila suatu dugaan Allah uji pada kita ? sebagai manusia, memang sangat betul kalau kita ni tak mampu untuk membendung perasaan. But we can control it . right ? bila perasaan yang mengawal diri, diri akan hilang arah dan tiada lagi sempadan yang dibina. Semuanya , DUsssshhh !! . kebabooommm !!.. hancus lebur.

And last for notes kali ini ialah,  tolong fahamkan dan semat dalam ingatan.

Allah hantar orang baik di sekeliling kita bukan untuk kta lihat sahaja kebaikkan yang dilakukan mereka, tapi supaya kita mencedok ilmu pengetahuan, mendekati dan mencontohi peribadi mulia yang dilakukan mereka. Bersyukur la kerana masih ada orang baik di sekelilingmu,
sebab ? sebab nya ialah. Ia menggambarkan peribadi sebenar kita. Bila ramai orang baik,maksud nya peribadi kita masih baik. Kalau dikau rasa macam ramai sangat orang yang jahat di sekeliling hidup you all, muhasabah diri sekarang jugak !.


Sama ada Allah nak uji kehidupanmu, sekuat mana kau dapat bertahan ,atau pun Allah nak tegur peribadi kita secara halus. Hanya orang yang memerhati saja akan sedar dengan semua hakikat tersebut.  

Aku memang tak berapa nak expert pun macam you all dalam beberapa bab, . tapi kalau setakat nak mempertahankan diri dari serangan jahiliyah, insyallah aku mampu. dengan izin Allah.
point ? =)

sekian..

Monday, October 7, 2013

B A R U

Assalamualaikum .

Salam 1 malaysia, salam, salam, salam 1 planet bumi. :)  (tak pernah wujud salam demikian dalam agama)

Pembabitan daku dalam arena blog ni bukan la baru setahun jagung. opssss! jap jap..sebelum aku nak taip lebih maju ke hadapan, bagi aku kenalkan dulu diri yang tak berapa nak terkenal pun :P. 

First of all, nama aku ? 
ermmmm,,,, tak apa la. yang nama tu, kita abaikan dulu. Bagi gempak la konon nya.
umur aku 19 tahun. am i too old ? not really . :D.. 
aku ada 9 orang adik beradik . 9 ke ? tapi kalau dicongak semula , ada la jugak dalam 12 orang agaknya. 

Aku sekarang ni masih lagi menuntut di sebuah kolej perubatan di ibu kota. kalau dah kata kolej perubatan, course yang aku ambik pun dah sememangnya  related dengan kesihatan. tapi course apa ek ? jeng jeng jeng.. rilex dulu laaaarr. :D. kenapa aku ambik bidang kesihatan ? sebab aku memang teramat minat kerja dalam hospital. Plus - dari kecik aku teringin nak tidur kat wad hospital, but? in your dream larr ~

Aku berasal dari sebuah negeri yang bersebelahan dengan kota singa. korang fikir la sendiri. -_-

*eh ? makcik ! tadi kau kata nak kenal kan diri .. ni bukan kenal kan diri, makin banyak persoalan ada la kot. =}. 

sabar lar, tak syok la kalau kenal kan diri terus. kalau nak tahu pasal aku seterus nya. rajin kan lah diri membaca entry aku yang seterusnya. yehaaaa !!

Sebelum ni aku memang dah sedia ada mempunyai sebuah blog. disebabkan faktor kesihatan, blog tersebut terpaksa ditutup. dan aku pun berhijrah ke blog baru ni . 

eh,, nape aku rasa macam Tangan ni laju je menaip, ecehhhh . terserlah kepoyoaan nya, :P
kena stopp dulu la. alam realiti suruh selesaikan tanggungjawab. 

rasa nya tu je kot untuk intro petang ni. aku nak chow dulu, .
nak bye-bye, tak tahu nak bye kat siapa,, why ? dah memang la. ni kan entry pertama untuk blog ni. mana ada manusia yang baca. 
jadi nya, aku bye bye kat laptop jela.. :D
jumpa lagi wahai laptop ku. tatay ~